PRA-PERJALANAN UMRAH 2013
Januari 2013 - Desir keinginan utk ke RumahNya semakin kuat..tp punca kewangan utk ke sana masih belum menampakkan wajahnya. Hanya doa demi doa lewat sujud yang mampu kupanjatkan.
Februari 2013 - Kata orang kena nampakkan kesungguhan kita untuk pergi pd Allah SWT, jadi mula ajak anak2 ke Denai utk brisk-walking tingkatkan stamina dan mengaleh2 helaian-helaian buku panduan umrah; ada juga yg berpesan perlu tingkatkan solat2 sunat dan bangun qiamullail - semua ini mula aku lakukan secara perlahan-lahan.
Awal Mac 2013 - Desir dah bertukar menjadi Kocakan...keinginan untuk pergi dah jadi macam satu jeritan kecil yg panjang yang meronta2 untuk didengari.
Kalau sebelum ini selalu rasa itu dipadamkan oleh tanggungjawab duniawi sebagai isteri dan ibu yang sentiasa perlu meminggirkan kehendak dan keinginan sendiri, kali ini tidak lagi.
Kalau dulu lewat doa2 yg dipanjatkan, terselit juga rasa kecil hati kerana Allah SWT tak mahu mendengar keinginanku dan tak sudipun menjadikan aku tetamuNya, kini tidak lagi..tiba-tiba rasa macamanapun, aku lah yg perlu berusaha agar kudup rasa ini berkembang menjadi kelopak kenyataan
Pertengahan Mac 2013 - Ada berita baik yg diterima, tunggakan kenaikan gaji, penjualan semula saham hadiah syarikat dan bonus yang setelah dua tahun tidak diterima kerana pencapaian yang tidak mencapai tahap yg dikehendaki syarikat, semuanya diterima pada masa yang hampir sama...hati berbunga riang sekali, burung2 berkicau riuh di taman nurani...ohh mungkinkah ia akan jadi kenyataan akhirnya, mungkinkah akan terlerai juga rinduku untuk menatap sambil bertawaf di Kaabah, bersujud di Raudah dan menitiskan airmata di lantai MasjidilHaram sambil mata meniti Al-Quran di sana?
Penghujung Mac 2013 - Akhirnya, perkara paling penting yang perlu dilakukan dahulu, dapatkan kebenaran suami, sebelum ni masa dia ke Dubai, dah ada bagi hint nak ajak pergi umrah, dia kata ok kita kumpul duit...
Kukumpulkan keberanian untuk minta kebenaran suami untuk pergi..selorohnya...'amboiii, nak pi sorang-sorang, tak mau pi dengan kita?' Kataku perlahan, 'bukan macam tu, u knowkan i've been wanting to go since ages dulu but keep putting off sbb masa x sesuai la, anak2 periksa la n papa pulak bila ajak tak pernah boleh bagi committment dek sibuknya tugas, lgpun i don't have the extra to cover u, lgpun, kita kena gilir2 pergi sebab anak2 kan nak big exam n ada band comp lg, nakal pulak tu, need a close watch..' yang akhirnya dia akur, beri kebenaran hanya dengan jelingan dan senyum sinis..mati kata agaknya dengan hujah bertubi dari pihakku. Dalam hati kupanjatkan doa sentiasa agar dia jugak akan terbukak hati untuk pergi dalam jangkamasa terdekat ini.
Sebelum tu dah buat homework dulu semak pakej2 ekonomi yang ada dan mungkin kehendak Allah SWT yang nak memudahkan, tarikh dan harga yang sesuai dengan bajet saya hanyalah pakej yang ditawarkan Syarikat rakan sekelas suami dulu, buatkan dia ringan sikit nak beri kebenaran pergi tanpa dia di sisi.
April - Mei 2013 - Bahang pemergian semakin terasa. Dipanjangkan juga jemputan kepada Mama. Alhamdulillah Mama teruja untuk ikut serta. Kesibukan menyiapkan dokumen-dokumen perjalanan yang diperlukan di celah2 waktu kerja yang amat sibuk begitu mencabar. Kuajak juga ibu mertua untuk turut serta tapi dia kurang kuat tanpa ada anak lelaki bersama-sama, katanya.
Kerisauan meningkat, di mana masa untuk kubelajar selok-belok umrah sebelum ke sana? Tup tup, hujung minggu aku dipanggil untuk taklimat dan kursus umrah ringkas..lega banyak persoalan yang berserabut dalam kepala tentang umrah terjawab sudah.
Seolah Dia hendak aku lebih bersedia, minggu berikutnya pula, suami sahabat baik yang juga Mutawwif pakej yang lain juga menjemputku dan suami utk turut serta taklimat umrahnya. Walaupun agak jauh, kami redah jua walaupun pada mulanya suami agak keberatan untuk pergi.
Persiapan keperluan di sana juga amat sederhana kerana niatku tidak mahu membazir. begitu jugak dengan Mama.
Satu kejutan tiba2 muncul. Ayah dan ibu saudara suami tiba-tiba mengumumkan nak pergi umrah juga awal Jun dan suami juga dijemput turut serta sebagai muhrim membantu mereka yang dah agak berusia. Tarikh pulang betul2 selisih 2 hari dengan tarikh pemergianku..yang paling menitikkan air mata kesyukuranku ialah dia terbuka hati untuk pergi maka bermulalah persiapan dokumen dan keperluan yang amat intensif dipihaknya dan tiba2 prioriti persiapanku jatuh ke no 2...Alhamdulillah, panggilan dan jemputannya dan rasa yang disemat dalam hati untuk menerima jemputan itu semua ada padaNya, kita hanya boleh merancang dan berdoa tapi, perlaksanaanNya lebih cantik dari segala-gala.
Sebuah lagi kursus intensif anjuran pakej suami dapat kami ikuti, menambah-mantapkan lagi ilmu umrah dan ziarah yang tak seberapa ini.
Awal Jun 2013
3 Jun 2013 - Maka bila tiba harinya, bertolaklah suami dan sekitar 10 orang saudara-maranya sebelahnya ke Madinah menaiki Emirates dan tinggallah aku menguruskan semua keperluan anak2 dan diri sendiri2. Pemergiannya ke Dubai sebelum ini sedikit sebanyak telah menyediakan aku untuk saat ini namun rindu terhadap dia terempang juga bila dia kerap memanggil dan berWA dari mana-mana sahaja dia berada..terasa dia dekat sentiasa
13 Jun 2013 - Dia sepatutnya tiba malam ini tetapi kelewatan pesawat buat dia hanya tiba keesokan paginya
14 Jun 2013 - Rombongan mereka tiba di Alor Setar dari KLIA dengan bas. Diberitakan masih ada dua bas yang tersangkut di perjalanan dek pesawat2 yang tertunda. Syukur dia antara yang dah selamat sampai, jika tidak, tak dapat nak bayangkan nak bertolak tanpa bersalaman, mengucap maaf dan mencium wajahnya terlebih dahulu. SesungguhNya, Allah SWT itu Maha Mengetahui yang terbuku di hati hamba-hambaNya.
Filed under:
Subscribe to:
Posts (Atom)